Kamu Fikir Sendirilah Apa Kekurangan Kami – Lim Teong Kim
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Selepas kekalahan 5-0 kepada JDT pada aksi ketujuh saingan Liga Super Malaysia 2023, pengendali Perak, Lim Teong Kim terpaksa akur dengan kekalahan keempat yang dicatat pasukan.

Percaturan dan taktikal bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu seakan tidak menjadi apabila pasukannya pula menjadi mangsa amukan Harimau Selatan. Beliau akui JDT merupakan sebuah pasukan yang hebat dan sukar untuk ditandingi mana-mana pasukan Liga M ketika ini.

“Saya sudah kata bukan bahawa JDT pasukan yang kuat,” kata Lim Teong Kim.

Advertisements

Lim Teong Kim ketika ditemu bual selepas perlawanan seakan berang dengan soalan yang dikemukakan wartawan. Pengendali berusia 59 tahun itu dilihat beremosi hingga menyuruh wartawan yang mengajukan soalan untuk berfikir sendiri dimana kekurangan dan kelompongan yang dihadapi pasukan Perak.

“Kekurangan? Kamu lihat perlawanan bukan? Kamu fikir sendirilah apa kekurangan kami, bukan kamu tak lihat perlawanan. Siapa yang lihat, dia tahulah,” ujar Lim Teong Kim.

Advertisements

Sepanjang mengharungi tujuh aksi Liga Super musim ini, Perak hanya berjaya mencatat satu kemenangan. Selebihnya, dua keputusan seri diraih dan empat kekalahan terpaksa ditelan The Bos Gaurus.

Di bawah bimbingan Lim Teong Kim, Perak telah bolos sebanyak 15 gol. Kini Perak menghuni tangga kesepuluh dalam carta Liga Super Malaysia 2023.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan Perak bakal berdepan KL City di Stadium Cheras pada 10 April, Isnin depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram