Kapten Baru Perak Dedahkan Bintang Brighton Selangkah Sertai Liverpool
Transfer
Perak FC
Advertisements

Tidak ramai tahu kapten baru Perak, Luciano Guaycochea merupakan sepupu kepada pemenang Piala Dunia 2022, Alexis MacAllister. Dan pemain tengah Argentina berusia 31 tahun itu mendedahkan bintang Brighton itu semakin hampir berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Ini selepas Guaycochea ditanya tentang khabar angin perpindahan MacAllister ke Reds oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis hari ini.

“Ya, saya tak boleh kata kelab mana yang dia akan bermain. Tetapi semua orang tahu perpindahan itu semakin hampir (direalisasikan) ke Liverpool, sebuah pasukan besar.

Advertisements

“Tetapi saya harap ke mana saja dia akan pergi, dia akan bermain dengan bagus,” katanya bila menjawab persoalan yang dikemukakan itu.

Jawapan Guaycochea itu turut mengesahkan perkhabaran terbaru tentang usaha Liverpool mendapatkan MacAllister. Menurut Fabrizio Romano, bapa dan ejen bintang Brighton itu akan bertolak ke England hari ini bagi memuktamadkan terma peribadinya dengan Reds.

Wartawan sukan terkenal itu juga percaya perpindahan tersebut dijangka dimuktamadkan pada minggu hadapan. Romano menjangkakan bayaran klausa perpindahan yang perlu dibayar Liverpool kepada Seagulls tidaklah sehingga mencecah £70 juta (RM398 juta) seperti dilaporkan sesetengah media.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram