Bakat Baru: Kapten Kelab England Hampiri Harimau Malaya?
Harimau Malaya
Scunthorpe United
Advertisements

Selepas beberapa pemain dari England telah menyarung jersi Harimau Malaya, kini Malaysia berpeluang mendapat seorang lagi pemain dari negara tersebut.

Pemain yang dimaksudkan ialah kapten Scunthorpe United, Michael Edward Clunan. Untuk info, Scunthorpe United kini mendahului Liga Kebangsaan Utara yang mana merupakan kasta keenam Liga England.

Dalam satu hantaran di laman Instagram frfuturetalents, Clunan dikatakan mempunyai darah Malaysia melalui keluarganya yang berasal dari Sabah.

Advertisements

“Michael Clunan dikatakan mempunyai keturunan Malaysia daripada keluarganya yang berasal dari Sabah, Malaysia.

“Beliau juga merupakan Kapten Scunthorpe United yang kini sedang memperjuangkan kejuaraan liga untuk mara ke peringkat tertinggi bola sepak Inggeris,” coret frfuturetalents di laman Instagram.

Advertisements

Mampu beraksi di bahagian tengah, kehadiran Clunan ke pasukan kebangsaan berpotensi untuk menambah keampuhan skuad kendalian Kim Pan-gon pada masa akan datang.

Clunan yang baru menyertai Scunthorpe pada Julai lalu terus diberikan tanggungjawab yang besar dengan memakai lilitan kapten dan sudah beraksi dalam 15 perlawanan bersama kelab barunya itu.

Advertisements

Kini segala-galanya terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kim Pan-gon sendiri untuk menilai, adakah Clunan mencapai tahap yang diinginkan ataupun sebaliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram