Eropah
Getty Images
Advertisements

Eden Hazard sewaktu di Chelsea bagaikan harimau bertaring yang lincah memburu mangsa, namun setelah beliau menyarung jersi Real Madrid, harimau kini bertukar menjadi kucing. Lincah memegang bola, tajam dihadapan gol serta jarang mengalami kecederaan, ciri-ciri pemain tersebut hilang serta-merta. Jadi dimanakah silapnya?

Karier Awal di Lille

Pemain kelahiran Belgium ini mula mencipta nama di kelab LOSC Lille setelah membantu kelab tersebut menjuarai Ligue 1 pada musim 2010/2011. Kejuaraan pertama Lille dalam 50 tahun dan Eden Hazard menjadi watak utama apabila menjaringkan 22 gol dalam musim itu. Lille juga turut memenangi Coupe de France 2011 mengalahkan PSG hasil jaringan pemain Ludovic Obraniak.

Advertisements

Bersama Lille, Eden Hazard telah mencipta rekod apabila muncul pemain pertama bukan berdarah Perancis yang memenangi Ligue 1 Young Player of the Year. Malah beliau memenangi anugerah tersebut dua tahun berturut-turut. Pada musim terakhir beliau, Lille gagal mempertahankan mahkota kejuaraan apabila sekadar menamatkan liga ditangga ketiga.

Tiba di Stamford Bridge

Eden Hazard akhirnya berpindah ke Chelsea dengan yuran perpindahan €35 juta sewaktu Jun 2012. Dalam musim pertama beliau telah memenangi Piala Europa dan kemudiannya meraih juara Premier League 2015 dan 2017. Hazard juga memenangi Piala FA 2018, Piala Liga 2015 (kini dikenali Piala Carabao) dan 2 Piala Eropah.

Advertisements
hazard helsea Karier Eden Hazard Tenggelam Setelah Sertai Real Madrid
Hazard sewaktu di Chelsea

Hazard merekodkan sejumlah 352 perlawanan bersama Chelsea dan berjaya menjaringkan 110 gol serta mencipta 92 bantuan jaringan. Musim 2014/2015 menjadi musim terbaik Hazard bersama Chelsea apabila membantu kelab menjuarai liga serta piala liga. Hazard turut memenangi anugerah individu seperti FWA Footballer of the Year and the PFA Players’ Player of the Year dalam musim tersebut.

Hazard kerap bermain diposisi tengah menyerang dan juga bahagian sayap kelab. Sepanjang karier beliau bersama Chelsea, Hazard telah bermain dibawah beberapa pengurus berbeza seperti Rafael Benitez, Jose Mourinho, Antonio Conte dan juga Maurizio Sarri.

Diburu Real Madrid

Advertisements

Desas-desus perpindahan Hazard ke Real Madrid mula bertiup pada tahun 2016 apabila pengurus Real Madrid waktu itu, Zinedine Zidane menunjukkan keinginan untuk membawa masuk Eden Hazard ke Santiago Bernabeu.

Namun perpindahan tersebut hanya menjadi kenyataan apabila Real Madrid melengkapkan yuran perpindahan sebanyak €115 juta dengan kontrak sehingga Jun 2024. Eden Hazard yang berusia 28 tahun ketika itu berada diprestasi terbaik sebelum menyertai Real Madrid.

Beliau memakai jersi ikonik bernombor 7 di Real Madrid sekali gus menunjukkan pembelian beliau diharapkan memberi impak yang positif terhadap kelab. Namun sebaliknya yang berlaku.

Advertisements

Suasana Baharu Yang Sukar

Eden Hazard hadir dengan beberapa nama yang lain seperti Eder Militao, Luka Jovic, Ferland Mendy, Rodrygo dan Alphonse Areola. Real Madrid berbelanja hampir €300 juta waktu itu.

Pemain kebangsaan Belgium tersebut bagaimanapun gagal menepati tag harga yang tinggi apabila gagal menghadirkan impak yang sama sewaktu beliau di Chelsea. Masalah pertama Hazard ialah peningkatan berat badan yang mendadak sehingga beliau naik 5 kg sebelum menyertai skuad pra musim Real Madrid.

Ini berpunca daripada masalah kecederaan ditambah lagi beliau sedang bercuti yang menyebabkan aspek pemakanan beliau tidak terkawal. Hazard kemudiannya mengambil beberapa bulan untuk kembali kepada bentuk fizikal asal beliau.

Hazard dilihat mengalami masalah berat badan

Malah Hazard kerapkali mengalami kecederaan di Real Madrid malah berdasarkan statistik Transfermarkt, kecederaan beliau di Real Madrid lebih kerap berbanding ketika beliau berada di Chelsea.

 Taktikal Real Madrid yang berbeza juga dikatakan antara sebab pemain ini bergelut untuk mendapatkan rentak permainan terbaik beliau.

Statistik di Real Madrid

Sepanjang tempoh 2 tahun beliau di Real Madrid, Hazard sekadar menjaringkan 6 gol serta 10 bantuan jaringan dalam 65 penampilan. Sebuah prestasi yang teruk jika dibandingkan dengan karier beliau di Chelsea serta yuran perpindahan yang tinggi sewaktu menyertai Real Madrid.

Malah Hazard hanya menjaringkan 4 gol liga setakat ini. Aubameyang yang menyertai Barcelona pada Januari lalu memiliki bilangan gol yang lebih tinggi (5 gol) berbanding jumlah gol Hazard selama beliau di Real Madrid.

Tetap Menjulang Kejuaraan

Hazard tetap berjaya menjulang kejuaraan bersama Real Madrid sepanjang tempoh 2 tahun beliau seperti juara La Liga 2019/2020, Supercopa de Espana 2019/2020 & 2021/2022. Namun Hazard bukan lagi pemain penting di Real Madrid seperti mana beliau di Chelsea.

Eden Hazard bersama trofi La Liga

Kepulangan Semula ke Chelsea?

Real Madrid ketika ini melihat perpindahan Eden Hazard sebagai sebuah perpindahan yang gagal dan kelab kini terbuka untuk melepaskan bintang Belgium tersebut pergi. Hazard juga dilaporkan mahu minit permainan yang lebih banyak bagi mewakili negaranya di Piala Dunia 2022.

Chelsea dikatakan berminat dengan kepulangan Hazard namun melihatkan suasana rumit ketika ini seperti isu penjualan kelab oleh Roman Abramovich, kemungkinan perpindahan tersebut berlaku adalah rendah.

Aksi Hazard bersama Belgium

Penutup

Hazard mempunyai nilai pasaran mencecah€150 juta sewaktu menyertai Real Madrid namun kini nilai beliau merosot sehingga bernilai €18 juta sahaja. Kini berusia 31 tahun, Hazard dilihat masih berada di puncak prestasi dan mampu memberikan yang terbaik sehingga 3 tahun lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram