Advertisement
Katsuhito Kinoshi Ada Jawapan Selangor Tersingkir Dari ACL2
ACL
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi merungkai hikmah di sebalik penyingkiran awal dari saingan AFC Champions League Two (ACL2).

Gergasi Merah terpaksa akur menamatkan cabaran di tangga ketiga selepas Muangthong United menewaskan Jeonbuk Hyundai di laman sendiri.

Jurulatih berusia 60 tahun itu menerapkan aspek positif agar anak buahnya hanya fokus untuk beraksi dan turun dengan sehabis baik.

“Saya tidak ada pada aksi sebelum ini (menentang DH Cebu). Saya sudah pun berdepan dengan lawan di Malaysia bagi tiga perlawanan. Kita tidak kisah tentang pasukan lain, kami hanya fokus kepada persiapan kami,” katanya.

Bekas pembantu jurulatih Serbia ini menganggap bahawa keputusan ini adalah nasib yang ditentukan oleh anak buahnya sendiri sungguhpun berjaya mencapai kemenangan.

“Kita tidak boleh layak kerana keputusan Muangthong United menentang Jeonbuk Hyundai. Akan tetapi, kita yang menjadikannya sebegini. Ini adalah keputusan sebagaimana kita tentukannya.

Beliau berharap agar pengajaran berguna dapat diterapkan dalam diri anak buahnya sekaligus memastikan perjalanan bagi musim ini berjalan lancar.

“Kita (Selangor) perlu belajar daripada aksi terdahulu. Kita perlu memiliki motivasi untuk layak tetapi kita perlu ada motivasi besar untuk bermain. Saya tegaskan pemain tentang aspek tersebut.

“Kita perlu meletakkan transisi dari aksi di ACL2 kepada aksi liga dan trofi di Malaysia. Saya hanya perlu memotivasikan mereka untuk beraksi baik pada perlawanan ini,” jelasnya selepas perlawanan.

Selangor akan memfokuskan persiapan bagi aksi pembukaan MFL Challenge Cup menentang Kelantan DN pada 12 Disember ini.