Wakil Filipina, Kaya FC IloIlo mengakui telah mengikuti perkembangan KL City FC dari jauh.
Perkara ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih, Yu Hoshide dalam satu sesi sidang media pra perlawanan di Stadium Cheras hari ini.
Katanya, persiapan pasukannya berjalan lancar menjelang aksi berdepan The City Boys.
Malah, prestasi membanggakan dalam kancah saingan Philippines Football League musim ini menjadi tonik tambahan buat pasukan.
Kaya merekodkan 13 kemenangan dan satu seri dalam 14 aksi liga setakat ini dengan jaringan 82 gol musim 2024 memberikan petanda awal kepada KL City
“Persiapan pasukan ketika ini berjalan baik. Liga kami telah berakhir Julai lalu. Kami menjangkakan aksi sukar dan tahap yang lebih tinggi berbanding liga kami.
“Kami tahu pemain KL City seperti Patrick Reichelt beraksi buat pasukan ini. Satu mata ya sudah mencukupi tetapi kami turun dengan misi untuk meraih tiga mata,” jelasnya ketika ditemui.
Yu Hoshide juga mengesahkan bahawa pasukannya bebas kecederaan dan turun dengan skuad terbaik di Cheras malam esok.
“Pasukan kami bebas kecederaan dan bakal turun dengan skuad terbaik pada aksi malam esok,” katanya.
Perkara ini disebutkan oleh kapten Kaya FC, Audie Menzi bahawa ketiadaan aksi kompetitif liga buat masa ini menjejaskan persiapan pasukannya.
“Kami ada melihat aksi KL City di AFC sebelum ini dan juga perlawanan Liga Super,” tambahnya.
Aksi antara KL City dan Kaya FC IloIlo berlangsung pada 22 Ogos 2024 jam 9 malam di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.