KBS Sedia 7 Lokasi Tayangan Skrin Aksi Malaysia & Taiwan
Malaysia
Aima/MakanBola
Advertisements

Menjelang aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Taiwan-Malaysia malam ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan tujuh lokasi tayangan skrin besar untuk perlawanan itu.

Ini dilihat usaha berterusan KBS membantu masyarakat terutama di luar bandar akses untuk menonton pertandingan membabitkan kontinjen negara.

Ini bukan kali pertama inisiatif ini dilaksanakan untuk perlawanan membabitkan Harimau Malaya.

Advertisements

Sebelum ini, 14 lokasi dipilih KBS untuk menyiarkan perlawanan Malaysia-Kyrgyzstan di skrin besar di seluruh negara.

Kali ini, KBS memilih tujuh lokasi skrin besar untuk tayangan perlawanan Taiwan-Malaysia malam ini.

Lokasi-lokasi terpilih itu ialah Dataran Putrajaya (Putrajaya), Uptown Puchong Night Bazaar (Selangor), Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur) dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar (Kedah).

Advertisements

Selain itu, Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu (Kelantan) dan Rumah Panjang Sungai Buluh, Sadong Jaya, Samarahan (Sarawak) turut menyiarkan perlawanan itu di skrin besar.

Malaysia mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada minggu lepas.

Kini, Harimau Malaya mahu menamatkan rekod buruk mereka terhadap Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei pada malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram