KBS Umum ‘Habuan’ RM80,000 Buat Skuad Hoki Negara
UltraSukan
FIH
Advertisements

Skuad hoki 5s lelaki Malaysia menerima ganjaran lumayan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bergelar naib juara Hoki 5s Piala Dunia 2024 baru-baru ini.

Pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu bakal menerima insentif kewangan berjumlah RM80,000.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas menyambut kepulangan kontinjen hoki 5s lelaki negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Advertisements

Barisan kepimpinan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) diketuai Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal turut hadir bagi menyambut kepulangan mereka ke tanah air.

Perkara ini turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari menerusi satu ciapan di akaun X beliau pagi ini.

Advertisements

Sebelum ini, Subahan mendedahkan barisan pemain dan pegawai skuad hoki 5s lelaki negara bakal menerima bonus atas pencapaian membanggakan dalam Hoki 5s Piala Dunia 2024.

Pengumuman tersebut dibuat beliau dalam satu sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil beberapa hari lalu.

Advertisements

The Speedy Tigers terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas 5-2 kepada kuasa hoki dunia, Belanda di pentas final Hoki 5s Piala Dunia 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram