Advertising
Keadaan Di Pusat Latihan Terengganu Semakin Tidak Terkawal
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Keadaan terkini di pusat latihan Terengganu kelihatan semakin tidak terkawal.

Sesi latihan terbuka yang diterapkan oleh Sang Peteh telah mengundang ramai penyokong untuk turut memeriahkan latihan.

Keadaan ini bagaimanapun mengundang rasa kurang senang terhadap para pemain terutamanya berkaitan isu keselamatan di sana.

Ad

Beberapa klip yang tular di media sosial menunjukkan pemain seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid terpaksa dilindungi oleh rakan sepasukan untuk meninggalkan kawasan latihan.

Ad

Sungguhpun mereka meluangkan masa untuk melayani para peminat seperti sesi berfoto dan juga tandatangan, peminat kelihatan begitu teruja untuk menanti barisan bintang Terengganu hingga tamat sesi latihan.

Antara penambahbaikan yang disuarakan oleh peminat adalah pembahagian ruang yang boleh disediakan oleh pihak pengurusan kelab.

Ad
Ad

Hal ini termasuklah mengasingkan ruang seperti pemain sahaja, ruang pemain dan penyokong selain menyediakan ruang untuk peminat sahaja.

Ad

Keadaan ini bertujuan untuk mengawal kesesakan selain menjamin keselamatan pemain untuk hadir dan pulang ke sesi latihan.

View this post on Instagram

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc)

Jangkaan terhadap persembahan pasukan juga sudah pasti meningkat selepas berjaya melayakkan diri ke Asia tahun lalu selain tambahan beberapa pemain bintang mencuri tumpuan musim 2024.

Video: Ismaheel Akinade selamatkan Akhyar & Safawi