Advertising
Pemain Terengganu ‘Selamatkan’ Akhyar & Safawi Rasid
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Kemeriahan sesi latihan Terengganu FC semakin memuncak sejak kehadiran dua watak berbisa, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Dua pemain handalan negara ini hadir ke bumi Terengganu selaku pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama satu musim.

Ad

Kelibat mereka terus menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air yang teruja untuk melihat gandingan ini di atas padang.

Ad

Menerusi beberapa klip yang tular di media sosial, para peminat berkerumun selepas sesi latihan pasukan untuk bertemu dengan pemain kesayangan pasukan.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada Akhyar dan Safawi yang dilihat sebagai bintang utama bagi musim 2024/25.

Ad

Sebilangan peminat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan dan sesi foto bersama dua pemain ini.

Ad

Namun begitu, sebuah klip memaparkan bahawa Akhyar dan Safawi terpaksa dilindungi oleh rakan sepasukan, Ismaheel Akinade ketika mereka mahu meninggalkan padang.

Ad

Sambutan hangat ini sudah pasti meningkatkan jangkaan penyokong terhadap aksi pasukan memasuki saingan musim baharu.

Bagi saingan Liga Super 2023, Akhyar memperoleh hampir 350 minit bersama skuad Harimau Selatan dan menjaringkan tiga gol sementara Safawi hanya beraksi sekitar 42 minit.

Video: Ismaheel Akinade selamatkan Akhyar & Safawi