Dunia
Kiri: FB KBSMalaysia
Advertisements

Stadium Panasonic Shah Alam mendapat rungutan daripada kebanyakan pemain bola sepak Liga Sosial susulan keadaan padang dan juga lampu limpahnya yang sangat uzur ketika ini.

Menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Makanbola baru baru ini, keadaan di Stadium Panasonic itu sangat tidak kondusif kepada para pemain terutamanya bagi pasukan yang turun beraksi pada sebelah malam.

stadium panasonic malam Keadaan Lampu Limpah Stadium Panasonic Teruk, Main Bola Tak Nampak Apa
Suasana waktu malam menyeramkan.

Hal ini disebabkan lampu limpah yang digunakan di Stadium Panasonic tersebut berada dalam keadaan yang sangat uzur sekaligus menyukarkan para pemain yang beraksi sewaktu malam hari. Purata hanya 12 dari 24 lampu limpah yang berfungsi sekarang.

Advertisements

Isu ini juga hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat beberapa rungutan oleh pihak jurugambar sambilan yang mengalami kesukaran untuk mengambil gambar aksi pasukan yang mengupah mereka.

Tinjauan komentar media sosial

Berdasarkan beberapa komentar yang di laman sosial Facebook, ramai yang meluahkan kekecawaan dengan keadaan di Stadium Panasonic terutamanya melibatkan sistem pencahayaan menerusi lampu limpah yang digunakan.

Kata mereka, keadaan gelap tersebut bukan sahaja mengganggu pasukan malah sekiranya jersi berwarna gelap digunakan, maka kemungkinan untuk kelihatan tidak jelas itu amat tinggi.

Advertisements
Tinjauan komentar media sosial

“Stadium Panasonic paling tak boleh bawa bincang gelap kalau video,” jelas Ashizi Ikram dalam hantaran tersebut.

Bukan itu sahaja, sebahagian daripada mereka juga turut bersetuju dengan pendapat yang diketengahkan tersebut.

“Setuju, kalau pakai hijau gelap dan lawan pakai warna kuning, seperti bermain dengan halimunan,” katanya dengan nada santai.

Advertisements
Tinjauan komentar media sosial

Masalah ini menjadi lebih parah apabila para pemain sendiri mengadu sukar untuk melihat kedudukan bola di dalam padang dan merencatkan tempo permainan pasukan.

Perkara ini ditekankan agar pihak yang bertanggungjawab terutamanya Perbadanan Stadium Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat memberi maklum balas dalam usaha untuk menyediakan keadaan stadium terbaik bagi kegunaan masyarakat awam di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Ini juga penting bagi memastikan industri bola sepak di Malaysia tidak kira lapisan dapat terus diperbaiki dan dipertingkatkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram