Keadaan Padang SSMIV Menyedihkan, Seperti Beraksi Atas Bendang
Malaysia
KUFC TV
Advertisements

Perlawanan Piala Presiden antara Kelantan United dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Kelantan United namun perhatian tertumpu kepada padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV).

Aksi yang berlangsung itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi selepas melihat skuad muda The Red Warriors yang tidak mampu menandingi kehebatan Kijang Hijau.

Setelah mendahului 1-0 pada babak pertama, Kelantan United tidak memberi peluang kepada lawannya untuk bangkit apabila menjaringkan 3 lagi gol untuk mengesahkan kemenangan besar 4-1.

Advertisements

Perlawanan tersebut bagaimanapun tertumpu kepada keadaan padang yang sangat teruk ketika aksi dilangsungkan.

Para pemain juga kelihatan sukar untuk beraksi terutamanya bagi melaksanakan segala perancangan pasukan di atas padang.

Hal ini susulan permukaan padang yang dipenuhi dengan lopak air pada segenap penjuru padang.

Advertisements

Keadaan ini menerima komen pelbagai daripada penyokong kedua-dua pasukan yang menganggap aksi itu sepatutnya ditangguhkan terlebih dahulu.

“Tak boleh tunda ke perlawanan kalau keadaan macam ini,” ujar Baim Rasyid.

Ada juga mata yang tertumpu kepada keadaan papar skor stadium yang kelihatan nyawa-nyawa ikan.

Advertisements

Keadaan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada perkembangan bola sepak negeri tersebut kerana tiada fasiliti terbaik disediakan untuk membangunkan bakat muda di sana.

Klip: Keadaan padang SSMIV

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram