Keadaan Terkini Leandro Velazquez Curi Perhatian Penyokong
Liga Super
Empayar Johor Darul Ta’zim / Johor Southern Tigers
Advertisements

Keadaan terkini pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez mencuri perhatian rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan.

Pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan Kawasaki Frontale semalam, Leandro telah hadir bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukan. Pemain berusia 34 tahun ini dikesan hadir ke stadium dengan bertongkat.

Import dari Argentina ini cedera selepas bertembung dengan kapten Selangor, Brendan Gan ketika aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim pada 29 Julai lalu.

Advertisements

Leandro selepas itu tidak lagi kelihatan di sesi latihan pasukan dan tidak diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

Kecederaan lutut yang dialami Leandro besar kemungkinan akan mengambil tempoh masa yang lama untuk kembali pulih. Difahamkan Leandro terpaksa berehat sekitar dua hingga ketiga bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Advertisements

Jika kecederaan yang dialami tonggak utama JDT berpanjangan, Leandro dilihat bakal terlepas baki aksi Liga Malaysia dan perlawanan-perlawanan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram