Ads
Eropah
Bristol Rovers

Jurulatih Bristol Rovers, Matt Taylor mengakui aneh apabila melihat statistik pemain pertahanan Indonesia, Elkan Baggott yang baru sahaja menyertai Bristol Rovers secara pinjaman bagi mengharungi baki musim 2023/2024.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman dari Ipswich Town dan akan memperkuatkan bahagian benteng pasukan.

Advertisements

Bristol Rovers merupakan pasukan yang menghuni tangga ke-11 di League One iaitu liga kasta ketiga di dalam hirarki liga bola sepak di England.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun Matt Taylor mengakui aneh dengan statistik Elkan Baggott yang lebih banyak beraksi bersama Indonesia berbanding beraksi bersama kelab Ipswich Town.

Untuk rekod, Elkan Baggott sudah mengumpul 22 penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia dengan dua gol berjaya disumbangkan. Sementara di Ipswich Town, beliau baru beraksi tujuh perlawanan dan meledak satu gol.

Advertisements

“Dia (Elkan Baggott) mungkin bermain lebih banyak di peringkat antarabangsa berbanding di kelab, kedengarannya seperti aneh untuk dijelaskan.

“Kami gembira dia memilih kami, kami telah memilihnya dan dia melihat peluang besar untuk mendapatkan minit permainan, dapatkan rentak, tingkatkan permainannya dan kembali ke Ipswich dalam keadaan yang lebih baik,” jelas Matt Taylor seperti dipetik dari Makanbola Indonesia.

Advertisements

Elkan Baggott sudah menjadi sasaran Bristol Rovers sejak sebelum jendela perpindahan dibuka lagi namun segalanya tertangguh memandangkan pemain tinggi lampai itu menyarung jersi Indonesia di Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram