Kecederaan Tangguh Perjuangan Hebat Luqman Hakim Di Jepun
Asia
YSCC Yokohama
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim gembira selepas meraih debut di dumi Jepun bersama pasukan baharunya, YSCC Yokohama.

Luqman meraih minit pertama di Jepun sebagai pemain gantian ketika YSCC menentang Mito Hollyhock (pasukan J2) dalam perlawanan Pusingan 1 J.League Cup.

Dalam satu temu bual selepas perlawanan bersama Astro Arena, Luqman anggap penampilan pertama ini sebagai permulaan yang baik untuk beliau kembali mendapat rentak selepas pulih dari kecederaan. Beliau berdepan kecederaan hamstring selama sebulan dan terpaksa disisihkan dalam skuad sebelum ini.

Advertisements

Beliau bersyukur apabila pengendali YSCC Yokohama, Kazuki Kuranuki memberi kepercayaan untuk menurunkan beliau pada aksi malam semalam.

“Mungkin semalam hadiah untuk hari jadi saya. Saya dah lebih sebulan cedera dan ini merupakan minit pertama saya.”

Advertisements

“Semalam saya masuk bermain hanya lima minit, rakan sepasukan pula kena kad merah. Jadi agak bergelut bermain dengan 10 orang pemain. Nasib baik kami dah mendahului 1-0, jadi alhamdulilah rezeki Allah beri,” ujar Luqman.

Pemain berusia 22 tahun ini tekad untuk terus merebut tempat dalam pasukan. Beliau yakin rakan sepasukan sudah bersedia untuk aksi seterusnya

Advertisements

“Bagi saya sendiri, setiap perlawanan kena bersedia. Untuk perlawanan esok lusa, kita akan menentang pasukan yang kuat jadi saya berharap saya akan dapat minit bermain walaupun sedikit tapi ia langkah yang bagus untuk cari persefahaman bersama pasukan.”

YSCC Yokohama akan meneruskan saingan di JLeague 3 pada Sabtu, 9 Mac 2024. YSCC Yokohama telah dijadualkan menentang pasukan Matsumoto Yamaga di Stadium Matsumoto.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram