Kedah Buru Import Algeria Dan Kosovo
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Walaupun musim bola sepak Malaysia baru sahaja tamat, namun beberapa pasukan sudah mula mengatur langkang untuk memantapkan pasukan masing-masing menjelang musim baharu 2023.

Antara pasukan yang sedang dalam proeses memantapkan pasukan ialah pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Selepas berjaya mendapatkan Nafuzi Zain sebagai jurulatih baharu pasukan musim hadapan, dikhabarkan Kedah juga dalam proses mencuba pemain import dari Algeria dan Kosovo.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemilik pasukan KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar di laman Facebook rasmi beliau. Kedua-dua pemain import tersebut dijangka bakal memperkuatkan pasukan Kedah Bawah 23 Tahun yang beraksi di Liga Simpanan musim hadapan.

Advertisements

“Sembang-Sembang Dengan Pemain Bola Muda Dari Algeria. Zakariya (Zack) seorang pemain bola sepak di Algeria. Berusia 22 tahun. Bermain di kelab di Algeria dalam posisi 8 dan 10. Agak multi tasking.

“Dia berada di Malaysia untuk mencuba bakat di Kedah bersama paaukan bawah 23 tahun. Dia anak saudara kawan baik saya dari Algeria.

“Ada seorang lagi adik kawan saya dari Kosovo yang akan berada di Kedah di awal Januari 2023 untuk uji bakat di Kedah bagi pasukan kedua. Ini adalah pemain2 muda yang sudah bermain di kelab di negara masing-masing,” coret Dr Daud Bakar di laman Facebook beliau.

Advertisements

Kedah dijangka akan membuat rombakan besar-besaran dalam pasukan musim hadapan dengan kesemua pemain import dikhabarkan tidak disambung kontrak. Dalam masa yang sama, Nafuzi juga diberikan peluang untuk membawa pemain yang dirasakan sesuai dengan penerapan falsafah permainan yang beliau gunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram