Advertising
Kedah Darul Aman Muncul Juara MSSM U12
Malaysia
MakanBola
Akademi Sang Kenari

Skuad bawah 12 tahun (B-12) Kedah melakar pencapaian manis hari ini apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak MSSM 2023 untuk kategori B-12.

Kejayaan itu dicapai pada aksi final kejohanan di mana Kedah mengetepikan saingan Perlis 1-0 di Dataran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (B).

Separuh masa pertama menyaksikan ubi muda Sang Kenari lebih tajam di depan gol. Muhammad Aizad Asseri muncul wira dengan meledakkan gol tunggal buat Kedah pada minit ke-26.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Singa Utara berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Bagi jurulatih Sang Kenari, Mohd Firdaus Norazman, semangat juang yang ditunjukkan anak-anak buahnya memastikan kemenangan yang mahu diraih berada dalam genggaman.

Ad
Ad

“Usaha semua pihak hasilkan produk pemain yang kompetitif, unit sokongan dari aktiviti akar umbi di sekolah-sekolah di Kedah. Saya berbangga dengan pemain yang berjiwa Fighter (Pahlawan),” katanya.

Ad

Selain menggondol gelaran juara, Muhammad Zafirul Haziq Bin Zaharul turut dipilih sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) Kedah B-12.