Ads
Kedah Fokus Bina Jaringan Dengan Kelab Luar Negara
Liga Super
Kedah Darul Aman FC

Aksi persahabatan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Malut United dilihat peluang buat pasukan itu untuk membina hubungan dengan kelab luar negara.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan sendiri pemegang saham majoriti Sang Kenari, Tan Sri Dr Daud Abu Bakar menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada 30 Ogos ini.

Advertisements

Daud melihat hubungan strategik dengan kelab-kelab di luar negara terutama dari rantau Asia Tenggara penting buat Kedah. Ini kerana hubungan ini bukan saja mengeratkan talian persahabatan antara kelab-kelab yang terlibat.

Advertisements
Advertisements

Malah, ini secara tidak langsung memberi pendedahan berguna buat barisan pemain dan pengurusan pasukan untuk lebih ke hadapan.

“Secara peribadi, saya melihat perlawanan persahabatan ini penting. Di samping ia dapat menjalin semangat persahabatan dalam dunia bola sepak di rantau nusantara, ia merupakan batu loncatan kepada KDA FC untuk mempunyai hubungan yang lebih strategik dengan sebanyak mungkin kelab bola sepak di luar negara.

Advertisements

“Ini akan lebih memberi pendedahan kepada pemain dan pihak pengurusan. KDA FC kena berfikir global dalam semua perancangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Daud menjangkakan aksi Kedah-Malut United sebagai aksi berkualiti yang bakal menghiburkan penyokong. Justeru, beliau berharap penyokong Sang Kenari dapat hadir ke Stadium Darul Aman sebagai tanda sokongan kepada pasukan.

“Kehadiran penyokong dan peminat KDA FC beramai-ramai sudah pasti akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pasukan. Stadium yang meriah dengan sorakan dan tempikan adalah pencetus inspirasi kepada semua pemain,” ujarnya.

Kedah dijangka turun tanpa tonggak tengah Bahrain, Habib Haroon. Ini selepas pemain berusia 23 tahun itu tiada dalam sesi latihan Kedah.

Advertisements

Habib dilaporkan telah kembali ke Bahrain dan melengkapkan perpindahan ke kelab Bahraini Premier League (BPL), Sitra FC. Meskipun begitu, belum ada kenyataan rasmi daripada Kedah berhubung perpindahan berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram