Kedah Harungi Jadual Mencabar
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal berdepan jadual liga mencabar sepanjang bulan September.

September menyaksikan Sang Kenari bakal berdepan cabaran KL City FC pada 14 September di Cheras. Ini disusuli aksi di tempat sendiri menentang Sri Pahang FC pada 20 September.

Ad
Sponsors

Manakala Sabah FC pula menyambut kunjungan skuad Kedah di Stadium Likas pada 28 September. Ketiga-tiga pasukan ini bakal memberi cabaran berdasarkan rekod pertemuan silam.

Ad

Kedah berharap dapat mengulangi kemenangan ke atas The City Boys yang dilakukan pada 2023. Sang Kenari meraih kemenangan 1-0 menerusi penalti penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun.

Kedah yang dibimbing Nafuzi Zain juga mahu meneruskan rekod baik dengan Tok Gajah sejak 2023. Ini kerana pasukan itu meraih satu keputusan seri dan satu kemenangan ke atas Sri Pahang.

Ad

Sang Kenari meraih kemenangan 2-0 ke atas Tok Gajah pada 8 Ogos 2023 di Alor Setar. Dua gol Kedah disumbang oleh Olusegun dan J. Partiban.

Ad

Satu-satunya rekod yang mahu diubah Nafuzi ialah rekod di Likas. Ini kerana Kedah terpaksa menelan kepahitan tewas 2-0 kepada Sang Badak hasil jaringan Irfan Fazail dan Ramon Machado pada 17 Disember 2023.

Ad

Kedah dijangka menampilkan prestasi terbaik tanpa dua pemain iaitu Habib Haroon dan Fikri Che Soh. Ini selepas pengurusan Sang Kenari mengesahkan kedua-dua pemain telah meninggalkan pasukan itu.