Kedah Hormati Nafuzi
Dunia
FA Kedah
Advertisements

Khabar angin yang mengaitkan Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih menjadi tanda tanya. Apatah lagi Nafuzi baru saja ditawarkan kontrak lanjutan setahun untuk kekal membimbing skuad Sang Penyu itu.

Bagi CEO KDA FC, Khamal Idris Ali berharap supaya semua pihak bertenang dan segala persoalan mengenai posisi jurulatih skuad Hijau Kuning itu pasti akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Untuk waktu ini kita tak nak kata apa. Biarlah benda ini apabila sampai waktunya kita akan maklum.

Advertisements

“Kita nak hormati dia yang masih bersama Terengganu FC”, katanya kepada Berita RTM.

Khamal Idris Ali ditemui media selepas pelancaran Rumah Sang Kenari 1924 di Alor Setar yang turut dihadiri bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah serta Pengarah Urusan Rumah Sang Kenari 1924, Mohd Hazriq Fahimy Abdullah.

Desas-desus Nafuzi ke Kedah sudah bertebaran sejak beberapa bulan yang lalu. Berita itu semakin hangat diperkatakan selepas bekas pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak dilepaskan daripada jawatannya pada 16 Oktober yang lalu.

Advertisements

Sebentar tadi Nafuzi telah ditawarkan kontrak lanjutan untuk kekal membimbing Terengganu musim hadapan. Nafuzi diberikan tempoh 14 hari untuk memberikan keputusan sama ada menerimanya ataupun sebaliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram