Advertisement
Kedah Melangkah Tanpa Syafiq Ahmad
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman akan berjuang tanpa sentuhan penyerang berbisa, Syafiq Ahmad.

Sang Kenari dipastikan tersingkir dari saingan Piala Malaysia pada pusingan 16 terakhir kepada KL City.

Cabaran diteruskan oleh pasukan yang juga telah kehilangan sentuhan pengendali, Nafuzi Zain baru-baru ini selepas mengambil keputusan untuk tidak kekal bersama Kedah.

Perjuangan Kedah diteruskan apabila bakal beraksi di MFL Challenge Cup 2024 berdepan KL Rovers pada 13 Disember di Stadium Darul Aman.

Saingan tersebut menyaksikan Syafiq yang juga merupakan sandaran utama pasukan tidak akan beraksi selepas dipanggil bagi membantu Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024.

Beliau menjadi satu-satunya pemain Kedah yang dipanggil selain diberi peranan kapten bersama Syamer Kutty dan Dominic Tan.

“Saya sangat teruja untuk menghadapi kejohanan pada tahun ini. Saya percaya dengan kekuatan pasukan ini untuk melangkah jauh.

“Kita (Malaysia) mahu menang setiap perlawanan tetapi kita akan fokus satu aksi demi aksi dengan setiap aksi amat penting buat kami,” katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan.

Aksi antara Kemboja vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 8 Disember jam 6:45 di Phnom Penh.