Advertising
Kedah Nafi Tarik Diri
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian pasukan dan menafikan bahawa kelab tersebut bakal menarik diri.

Baru-baru ini, tular khabar angin yang mendakwa bahawa Sang Kenari bakal menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan.

Ad

Perkara itu terus disangkal oleh kelab yang memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Liga Super.

Ad

“Pihak KDA FC tidak pernah menghantar surat mengenai hasrat untuk menarik diri daripada saingan Liga Super dan beralih ke saingan Liga Al Semi-Pro.

Kedah juga berharap agar tiada mana-mana pihak yang membuat berita palsu menggunakan nama kelab.

Ad

“Pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.

Ad

“Semua pihak, termasuk media semasa atau pihak wartawan agar lebih sensitif dalam memberi kenyataan supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi yang tidak baik kepada kelab,” ujar Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan.

Ad

Aksi terakhir Kedah menyaksikan skuad bimbingan Victor Andrag berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 menentang Penang di laman sendiri.