Kedah Pincang Bertemu KL City
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Skuad Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain menjelang aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman menentang KL City.

4 pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut ekoran kecederaan dan penggantungan menurut ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain.

Manuel Hidalgo kini mengalami kecederaan kaki dan 2 pemain pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Kamil Akmal akan menjalani penggantungan manakala J. Partiban tidak dapat diturunkan menentang bekas kelab menurut laporan Berita Harian.

Advertisements

“Kami kehilangan 4 pemain utama pada aksi kali ini dan sudah pasti ia satu cabaran besar yang perlu dihadapi untuk berdepan KL City yang juga antara pasukan kuat dengan pencapaian mereka di pentas final Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.” ujar Nafuzi Zain.

Namun pengendali Kedah itu kekal optimis dan percaya pemain yang diturunkan kelak bakal memberikan aksi yang terbaik bagi meraih kemenangan ke atas KL City.

Kedah kini berada ditangga ketiga liga dengan mengumpul 44 mata dan mengintai peluang merapatkan jurang 5 mata dengan Selangor yang berada ditempat kedua liga.

Advertisements

Kedah yang masih berbaki 5 perlawanan bakal menentang KL City, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan juga Sabah sebelum menamatkan saingan Liga Super musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram