Kedah Singkir Semua Import Musim Ini
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah melalui musim 2022 dengan penuh berliku selepas hanya berjaya menamatkan Liga Super di tangga ke-8 dan tersingkir awal dari saingan Piala Malaysia.

Disebabkan musim yang kurang memberansangkan, KDA FC bakal membuat rombakan besar-besaran bagi mengharungi Liga Malaysia 2023 yang lebih mencabar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDAFC, Khamal Idris Ali berkata kesemua pemain import yang beraksi pada musim ini tidak akan disambung kontrak dan kesemuanya akan dilepaskan. Tempat kelima-lima import itu akan diisi pemain yang baharu.

Advertisements

Selain lima pemain import yang dilepaskan, beberapa pemain tempatan yang kerap mengalami kecederaan juga turut tidak disambung kontrak.

“Marcos Vales Gonzales. Wanja Ronald Ngah, Dechi Marcel Nguessan, Sanrawat Dechmitr dan Mahmoud Nayef Ahmad Almardi telah beraksi bersama pasukan Kedah buat kali terakhir ketika kita bertemu Negeri Sembilan di Paroi Rabu lalu.

“Ketika ini kami belum memutuskan lagi lima pemain import bagi musim 2023 hanya selepas menentukan ketua jurulatih baharu musim depan,” jelas Khamal.

Advertisements

Dalam masa yang sama, teka-teki mengenai siapakah jurulatih baharu pasukan KDA FC musim hadapan akan diketahui selewat-lewatnya selepas tamat Piala Malaysia. Ini kerana pihak pengurusan KDA FC tidak mahu mengganggu tugas jurulatih tersebut yang masih mengendalikan pasukannya.

“Hanya selepas tamat pertandingan Piala Malaysia musim ini barulah saya dapat umumkan nama ketua jurulatih baharu Kedah yang bakal menggantikan Aidil Sharin.

“Kita sengaja tidak mahu memberitahu nama ketua jurulatih kerana tidak mahu mengganggu tugasnya bersama pasukan yang di kendalikannya ketika ini, biarlah  tamat Liga Malaysia musim ini  dan peminat-peminat pasukan Kedah akan dapat mengetahui siapakah orangnya,” kata Khamal seperti dilaporkan Flash Sukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram