Kedah Terima Tajaan RM2 Juta
Liga Super
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman menerima suntikan dana sebanyak RM2 Juta untuk memulakan saingan musim 2024/25.

Pasukan utara tanah air itu berdepan kemelut apabila berpotensi disingkirkan dari saingan Liga Super susulan masalh tunggakan gaji.

Sang Kenari bagaimanapun optimis untuk terus kekal bersaing di pentas tertinggi bola sepak Malaysia melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan.

Advertisements

Terbaru, KDA FC melancarkan kempen ‘keep the hope alive’ melalui tawaran penjualan t-shirt eksklusif yang dibuat oleh pemilik saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Kempen ini bukan sekadar mendorong pasukan dan kelab untuk bangkit menjelang musim baru liga malah untuk memastikan nama Kedah terus bersaing dalam saingan bola sepak tertinggi negara.

Selain itu, KDA FC juga telah mengumumkan penajaan kit rasmi Sang Kenari oleh jenama ALX untuk 2 musim iaitu tahun 2024-2025 dan 2025-2026 bernilai jumlah keseluruhan RM2 juta dalam bentuk barangan sukan bagi kegunaan semua pasukan di bawah naungan KDA FC.

Advertisements

“ALX adalah jenama sukan dibawah AL-Ikhsan Sports yang merupakan barangan inovasi berprestasi tinggi direka khas untuk sukan berprestasi tinggi.”

“ALX adalah revolusi daripada jenama AL yang dicipta dengan inovasi untuk mentakrifkan semula pasaran dan memberikan prestasi yang tiada tandingan merentas pelbagai sukan.”

“Seiring dengan matlamat ALX untuk menyediakan rangkaian produk berprestasi tinggi yang selaras dengan gaya hidup yang aktif serta perhatian yang teliti terhadap perincian dan dedikasi tanpa henti terhadap kualiti, pasukan pakar ALX telah membangunkan barangan luar biasa yang menggabungkan fungsi, ketahanan dan gaya yang unggul,” ujar kenyataan rasmi Kedah Darul Aman di laman sosial.

Advertisements

Kedah setakat ini sudah mengumumkan kepulangan beberapa pemain termasuklah Syafiq Ahmad yang kembali secara pinjaman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram