Kedah Darul Aman FC hanya memiliki satu pilihan ketika turun berdepan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di gelanggang lawan.
Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan bahawa pasukannya mempunyai satu pilihan iaitu turun berjuang berhabis-habisan bagi memastikan mereka dapat menghabiskan saingan di tempat terbaik.
Katanya, sungguhpun sedang menghadapi detik sukar, beliau tetap optimis untuk memperbaiki kelemahan Kedah sebelum tuurn berdepan Harimau Selatan.
“Aspek kecergasan akan menjadi fokus utama untuk memastikan pemain dapat memberi komitmen yang diharapkan.”
“Kita sedar tentangan JDT yang akan menanti di laman sendiri.”
Jurulatih kelahiran Singapura ini mengharapkan para pemainnya turun dengan motivasi terbaik untuk mencatat keputusan positif.
“Ini cabaran besar yang perlu kami tempuhi untuk meneruskan aksi liga ini dan kami tiada pilihan lain selain turun dengan semangat juang yang ada bagi memastikan langkah kami dalam perjalanan liga terus menyala,” katanya oleh Arena Metro.
Pada pertembungan tempoh hari, Kedah tidak memanfaatkan peluang apabila JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tetap tumpas 3-1 di tangan anak didik Hector Bidoglio.
Kini, mereka bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi dalam misi penting mencari 3 mata untuk menyalakan harapan buat pasukan menjelang Piala Malaysia.