Malaysia berjaya melengkapkan kesemua 6 perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
Aksi terakhir kumpulan F menyaksikan Malaysia tewas 3-1 di tangan Vietnam hasil tandukan Xuan Son serta Do Duy Manh tatkala Endrick Dos Santos menjaringkan gol tunggal negara di lewat permainan.
Kemenangan tersebut meletakkan Vietnam di tangga teratas kumpulan F dengan 18 mata maksimum hasil 6 kemenangan sempurna manakala Malaysia akur di tangga kedua dengan 9 mata.
Dua pasukan terbawah kumpulan F pula dihuni oleh Laos yang berjaya menewaskan Nepal untuk berada di tempat ketiga dengan mengumpul 6 mata selepas mencatatkan dua kemenangan.
Selepas tamat kesemua 6 perlawanan, Vietnam melayakkan diri ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi sebagai juara kumpulan F bersama-sama negara-negara hebat lain seperti Indonesia, Jepun dan China.
Fokus Harimau Malaya selepas ini tertumpu kepada saingan ASEAN Hyundai Cup dan FIFA ASEAN Cup yang dijadualkan berlangsung sekitar pertengahan tahun ini, tertakluk kepada sebarang perubahan.