Keharmonian Bilik Persalinan Sri Pahang Kunci Prestasi Luar Biasa
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Kunci kepada kestabilan musim sesebuah pasukan dipengaruhi oleh keharmonian bilik persalinan. Dan ini menjelaskan bagaimana Sri Pahang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini.

Semua mengetahui keupayaan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan berada pada tahap berbeza. Tetapi bagi Sri Pahang, ia dianggap luar biasa kerana masih berupaya kekal tanpa kalah biarpun tidak mempunyai pemain-pemain bintang yang dimiliki sesetengah pasukan.

Mungkin tanpa kehadiran pemain bintang, ia memudahkan tugas jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad membentuk keserasian pasukan dengan mudah. Keserasian sebegini semakin mudah terjalin lebih-lebih lagi bila pasukan cemerlang dalam saingan liga.

Advertisements

Buktinya, satu video yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Karl Nunis di Twitter awal pagi tadi. Video tersebut menunjukkan pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh menari dengan bekas penyerang import Terengganu, Kpah Sherman dalam bilik persalinan Sri Pahang.

Kedua-duanya menari tatkala satu pasukan ceria meraikan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam. Walaupun menganggap video tersebut sebagai lucu, ramai penyokong mengakui keharmonian bilik persalinan membantu Sri Pahang memburu kedudukan tiga teratas liga.

Ramai berharap hal ini dapat dikekalkan sehingga akhir musim ini. Dengan Selangor kini pencabar terdekat mereka untuk kedudukan kedua liga, Fandi pastinya mahu keharmonian pasukan dapat digunakan untuk menewaskan Penang di Stadium Darul Makmur pada 20 Mei ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram