Malaysia bakal berdepan cabaran sukar apabila mengharungi Kejohanan ASEAN Bawah 17 Tahun (B-17) yang akan bermula pada 11 April ini.
Ini kerana Malaysia akan menentang tuan rumah, Indonesia dan Vietnam dalam Kumpulan A kejohanan tersebut. Timor Leste melengkapkan satu lagi pasukan dalam kumpulan sama.
Ini berdasarkan cabutan undi kejohanan itu yang dikongsikan ASEAN Football pada Jumaat.
Pertembungan Malaysia dan Vietnam dijangka menjadi aksi yang dinantikan penyokong kedua-dua pasukan. Ini kerana kedua-duanya pernah berentap di pusingan kelayakan Piala Asia B-17.
Skuad negara yang ketika itu dibimbing Javier Jorda Ribera terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan dan tewas dengan keputusan 4-0.
Justeru, aksi ini dilihat peluang membalas dendam buat anak buah bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shukor Adan.
Kumpulan B pula menyaksikan Thailand berdepan cabaran Laos, Filipina dan Myanmar. Kumpulan C pula menyaksikan Australia akan dicabar Singapura, Kemboja dan Brunei.