Kejohanan Kelab Jerman & Indonesia Bakal Jadi Kenyataan
Eropah
DFL
Advertisements

Sebuah kejohanan antara kelab Jerman dan kelab Indonesia bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Jerman (DFL) mengumumkan kolaborasi bersama Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Sebelum ini sebuah delegasi diketuai oleh Presiden PSSI, Erick Thohir telah melakukan lawatan ke Frankfurt, Jerman bagi membincangkan perihal bola sepak Indonesia dalam memperkuatkan dua aspek penting iaitu kepakaran teknikal dan struktur kelab dan liga.

Sebuah memorandum persefahaman telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak bagi melaksanakan sesi latihan serta kolaborasi antara pihak penganjur.

Advertisements

“Indonesia adalah negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara dan salah satu pasaran kami yang paling penting, berkongsi keghairahan Jerman terhadap permainan bola sepak. Atas sebab inilah kita melihat hubungan yang kuat antara DFL dan PSSI, mengukuhkan lagi hubungan Jerman-Indonesia.” ujar Ketua Pegawai Pemasaran Antarabangsa Bundesliga, Peer Naubert.

Kejohanan tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Mei kelak setelah tamatnya musim 2023/2024 dan bakal disertai oleh beberapa kelab dari Jerman dan juga Indonesia.

“Kerjasama dengan DFL bertujuan untuk memacu tahap sukan dan aspek teknikal bola sepak Indonesia, menyemarakkan trajektori peningkatan kualiti dan daya saing permainan. Perkongsian ini memegang kuasa untuk merevolusikan bukan sahaja sukan itu sendiri tetapi juga pembangunan pemain muda kita.”

Advertisements

“Memandangkan asas pertandingan diperkukuh melalui perjanjian ini, profesionalisme akan merangkumi aspek penting seperti organisasi pertandingan, pengurusan stadium, keselamatan peminat dan pelesenan.” ujar Presiden PSSI, Erick Thohir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram