Kejuaraan B-17 ASEAN: Malaysia ‘Baham’ Indonesia
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia memperoleh kemenangan sulung dalam saingan Kejuaraan B-17 ASEAN selepas cemerlang menumpaskan tuan rumah, Indonesia pada Khamis.

Kemenangan penting 1-0 ini menghidupkan kembali harapan Malaysia untuk layak separuh akhir selepas tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A kepada Vietnam dengan keputusan 0-4.

Jaringan pertama berjaya diperoleh oleh pertahanan, Fareez Danial yang menanduk masuk menembusi gawang Indonesia untuk meletakkan Malaysia B-16 di hadapan pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus rancak merencana serangan untuk memburu jaringan namun hasrat Indonesia meraih gol dipatahkan oleh kekebalan pertahanan negara.

Aksi di Gelora Joko Samudro tamat dengan keputusan 1-0 memihak Malaysia B-16 sekali gus menjadi 3 mata pertama buat pasukan bimbingan Shukor Adan pada kempen kali ini.

Tugasan penting menanti skuad muda Malaysia ini apabila perlu mencatatkan kemenangan ke atas Timor Leste pada aksi terakhir kumpulan A Ahad ini untuk layak ke peringkat separuh akhir.