Kejuaraan B-17 ASEAN: Malaysia Tenang Kalahkan Timor Leste
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia menutup aksi di peringkat kumpulan A Kejuaraan B-17 ASEAN dengan kemenangan bergaya ke atas Timor Leste pada Ahad.

Kemenangan 2-0 berjaya dicapai oleh pasukan Malaysia B-16 kendalian Shukor Adan ini ke atas Timor Leste sekali gus mengakhiri aksi kumpulan A di tangga kedua serta layak ke separuh akhir.

Pemain tengah, Aniq Thaqif meletakkan skuad muda negara di hadapan seawal minit ke-8 selepas dominasi penguasaan bola yang tenang sebelum menewaskan penjaga gol Timor Leste.

Malaysia B-16 terus menggandakan kelebihan sebaik babak kedua bermula selepas giliran Adam Haikal pula mencetak gol sehingga merencatkan perancangan Timor Leste untuk bangkit.

Aksi di Gelora Joko Samudro berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Malaysia B-16 sekaligus layak ke peringkat separuh akhir Kejuaraan B-17 ASEAN selepas mengumpul 6 mata.