Harimau Malaya berpotensi untuk memiliki seorang lagi pemain import berstatus tempatan tidak lama lagi.
Skuad kebangsaan baru sahaja menamatkan saingan ASEAN Hyundai Cup 2026 pada peringkat separuh akhir selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 4-0.
Malaysia kini bakal menuju satu lagi saingan penting dalam kancah bola sepak Asia Tenggara bagi saingan FIFA ASEAN Cup 2026, September ini.
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A Divisyen 1 bersama tuan rumah, Indonesia, Bangladesh dan juga Singapura manakala Kumpulan B melibatkan saingan daripada Vietnam, Pakistan, Thailand dan Filipina.
Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan mengenai potensi empat pemain baharu yang bakal memperkuat skuad kebangsaan.
Pemain yang dimaksudkan adalah empat tonggak Johor Darul Ta’zim iaitu duo pertahanan, Shane Lowry (37) dan juga Brad Tapp (25) yang berasal dari Australia.
Bukan itu sahaja, Harimau Malaya juga mendapat suntikan tambahan pada posisi serangan menerusi gandingan Bergson Da Silva (35) dan juga Manuel Hidalgo (26).
Keempat-empat pemain ini telah melepasi syarat untuk mendapat kewarganegaraan selepas lima tahun berada di Malaysia dan beraksi di Liga Malaysia dengan Brad Tapp merupakan pemain warisan negara.
Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 dijadual berlangsung pada 24 September hingga 3 Oktober 2026 di Indonesia.