Kelab Asean Tapau K-pop
Dunia
wikipedia/officialjohor
Advertisements

Kelab-kelab Asean telah mengunci mulut-mulut pengktirik yang beranggapan mereka akan sentiasa menjadi ‘lauk’ dalam saingan Asian Champions League (ACL).

Hal ini sudah terbukti bahawa pasukan daripada Asia Tenggara bakal menjadi mimpi ngeri kelab Asia selepas mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan-pasukan yang mewakili Korea Selatan bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan ACL.

Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim kini mengungguli carta kumpulan I selepas mencatatkan dua kemenangan dalam dua perlawanan. Pasukan JDT berjaya meraih kemenangan ke atas pasukan Ulsan Hyundai FC yang kini berada di kedudukan teratas saingan K League 1 musim ini.

Advertisements

Manakala pasukan daripada Thailand, BG Pathum United turut mencipta kejutan selepas berjaya menewaskan pasukan Jeonnam Dragon yang juga kelab daripada saingan K League 2 di Korea Selatan.

Seterusnya, pasukan Lion Sea Sailor yang mewakili Singapura melakar kemenangan berharga dengan menundukkan pasukan daripada Liga Utama Korea Selatan K League 1 dengan keputusan 3-0.

Pastinya kemenangan yang dicipta daripada kelab-kelab yang mewakili Asean ini menjadi satu titik permulaan kebangkitan ASEAN untuk kembali mengaum di peringkat Asia.

Advertisements

Perjalanan masih panjang dan sebagai peminat bola sepak yang mencintakan tanah air mereka sendiri, seharusnya kita untuk sentiasa memberi sokongan untuk sama-sama membantu meningkatkan mutu bola sepak negara agar menjadi kebanggaan Asia Tenggara kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram