Advertising
Kelab Belanda, PEC Zwolle Ambil Khidmat Pengarah Teknikal Selangor
MakanBola
PEC Zwolle

Bekas Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking kembali ke tanah airnya, Belanda selepas menerima tawaran sebagai Pengarah Akademi PEC Zwolle.

Perlantikan ini diumumkan kelab Eredivisie (divisyen bola sepak utama Belanda) itu pada 10 Jun lalu. Bekking berkolaborasi dengan ketua unit pendidikan, Dennis Rosink dalam merencana program akar umbi kelab tersebut.

Ad

Pengarah teknikal Bluefingers, Gerry Hamstra menyifatkan perlantikan Bekking bukan saja dapat memperkukuh pembangunan akar umbi kelab berkenaan.

Ad

Malah, Hamstra percaya kehadiran bekas pengarah teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu mampu melahirkan lebih ramai bakat baru mewakili PEC Zwolle.

“Dennis membawa banyak pengalaman dan kepakaran ketika datang dari segi pembangunan bakat dan menguruskan program latihan.

Ad

“Pelantikannya merupakan langkah penting dalam memperkuat akademi remaja dan menjamin masa depan yang berjaya untuk kelab, yang mana dia akan bekerjasama dengan Dennis Rosink. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dan merealisasikan matlamat kami yang bercita-cita tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Selain Selangor dan NFDP, Bekking juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sukan Go Ahead Eagles dari 2016 hingga 2017.

Ad

Dengan Bekking sah tidak lagi bersama Selangor, ramai penyokong ingin tahu siapa calon yang akan dibawa pengurusan Merah Kuning untuk mengisi jawatan pengarah teknikal kelab berkenaan.