Kelab ‘Besar’ Liga Super Risik Bintang Import Penang?
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula membuat persiapan untuk mendapatkan pemain baru. Dan khabarnya, khidmat penyerang Penang, Sonny Saad mula diintai oleh sebuah kelab besar Liga Super.

Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitternya beberapa hari lepas.

Ini bukan satu kejutan lebih-lebih lagi dengan prestasinya dalam Liga Super. Dalam sembilan perlawanan bersama Harimau Kumbang, penyerang berdarah Lubnan-Amerika Syarikat itu sudah menyumbat lima gol.

Advertisements

Ini termasuk gol kemenangan Penang semasa menentang Kuching City beberapa minggu lepas. Disebabkan ketajamannya di depan gol, rakan-rakan sepasukan Sonny menggelarnya The Shooter.

Sebaik khabar angin perpindahan ini timbul, ramai berspekulasi pasukan mana yang berminat mendapatkan khidmat bekas penyerang Sporting Kansas City itu. Antara pasukan yang dicanang penyokong di laman media sosial yang mahu mendapatkan Sonny ialah Selangor, Terengganu atau Kedah.

Tidak kira kelab mana yang berminat mendapatkan khidmat Sonny, bekas penyerang Ansan Greeners itu mampu beraksi di pelbagai posisi bahagian serangan. Dan itu sudah pasti satu aset besar kepada pasukan yang berdepan masalah ketumpulan jentera serangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram