Kelab Besar Thailand Berdepan Tunggakan Gaji 4 Bulan
Asia Tenggara
Police Tero
Advertisements

Arena bola sepak Thailand dipalit kontroversi membabitkan kelab gergasi Thai League 1, Police Tero.

Ini selepas wartawan sukan Thailand, Ta Lao dan penganalisis bola sepak Thailand, Yingrak Raksuwan mendedahkan Police Tero telah menghentikan semua aktiviti pasukan itu.

Yingrak mendedahkan keputusan itu dibuat selepas pengurusan Police Tero belum menerima suntikan dana daripada pelabur baru kelab itu, Putera Norodom Ravichak dari Kemboja.

Advertisements

Disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pasukan itu, barisan pemain Silver Shield Dragons belum menerima gaji mereka selama empat bulan.

Masalah sama juga menghalang pengurusan Police Tero memulakan pencarian jurulatih baru menggantikan Rangsan Viwatchaichok yang meletak jawatan beberapa minggu lepas.

Advertisements

Rangsan kini mengemudi kelab Port selepas menerima tawaran daripada pemilik pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang.

Pendedahan isu yang membelenggu Silver Shields Dragon itu mengejutkan ramai penyokong di laman media sosial Thailand sejak semalam.

Advertisements

Police Tero ketika ini menduduki tangga kesembilan liga dengan 12 mata daripada 10 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram