Kelab Croatia memandang tinggi kualiti yang dimiliki oleh pemain Terengganu FC.
Pasukan Pantai Timur itu memulakan musim 2024/25 dengan begitu baik di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner selain memberi saingan pada posisi teratas Liga Super.
Skuad Peteh bagaimanapun bergelut untuk mengekalkan prestasi terbaik terutamanya dalam kempen Asean Shopee Cup selepas tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua aksi terawal.
Beberapa pemain Terengganu berjaya membuka mata kelab luar negara dengan akhirnya termetrai perpindahan tonggak pertahanan tengah, Matthew Steenvoorden.
Pemain kelahiran Belanda berusia 31 tahun itu tidak bertahan lama di Terengganu selain dilanda beberapa siri kecederaan.
Beliau kini telah berhijrah ke Croatia dan menyertai kelab HNK Gorica pada jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.
Bekas pemain Feyernood itu pernah beraksi buat kelab Uzbekistan, Pakhtakor sebelum membawa diri ke Terengganu.
Steenvoorden beraksi hanya 5 perlawanan sepanjang berada di Terengganu dengan pemain tempatan lebih menjadi pilihan barisan kejurulatihan kelab.