Kelab EPL Berlaga-Laga Buru Kaoru Mitoma
Eropah
Brighton & Hove Albion
Advertisements

Kaoru Mitoma kini menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah selepas mempamerkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Barcelona bersedia menawarkan pertukaran pemain melibatkan Ansu Fati untuk mendapatkan khidmat Mitoma bagi memperkuatkan bahagian sayap kiri pasukan.

Kini beberapa kelab di England seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea turut berminat dengan pemain sayap ini selepas cemerlang diperingkat kelab Brighton dan juga antarabangsa bersama Jepun.

Advertisements

Brighton juga bersedia melepaskan Mitoma sekiranya mendapat tawaran yang berbaloi setelah pasukan itu mendapatkan pemain berusia 18 tahun, Ibrahim Osman selaku pengganti Mitoma dibahagian sayap kiri.

Pemain berusia 26 tahun ini mempunyai kontrak bersama Brighton sehingga tahun 2027 dan kini memiliki nilai pasaran sebanyak €50 juta bersamaan dengan RM257 juta.

Mitoma sebelum ini terlepas aksi peringkat kumpulan Piala Asia bersama Jepun dan hanya bermain selama 45 minit secara keseluruhan namun impak beliau dibahagian sayap kiri Jepun berjaya meraih perhatian ramai pihak.

Advertisements

Pemain sayap kiri ini turut cemerlang bersama Brighton pada musim ini apabila merekodkan 3 gol serta 6 bantuan jaringan dalam 25 penampilan.

Mitoma terkenal dengan keupayaan menggelecek dan kelajuan beliau dibahagian sayap kiri pasukan sehingga berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan setiap kali diturunkan.

Kini kelab-kelab besar seperti Manchester City, Manchester United serta Chelsea sedang mempertimbangkan keputusan untuk mendapatkan Kaoru Mitoma bagi memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram