Kelab Gergasi Indonesia Buru Gabriel Peres
Asia Tenggara
Sabah FC
Advertisements

Liga Malaysia musim 2023 masih belum menutup tirai namun khabar angin tentang perpindahan beberapa pemain telah mula kedengaran termasuk pemain Sabah, Gabriel Peres.

Pertahanan tengah Sabah itu kini dilaporkan sedang dipantau rapat gergasi Indonesia, Persib Bandung menurut perkongsia wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran.

Gabriel Peres yang berusia 26 tahun ini menyertai pasukan Sabah pada awal Januari 2023 dari kelab Brasil Pelotas dan pantas menyesuaikan diri untuk muncul pemain penting dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

Gabriel Peres telah melakukan 20 penampilan liga musim ini dan berjaya menjaringkan 2 gol untuk pasukan Sabah.

Malah dalam saingan Piala AFC, pemain kelahiran Brazil ini telah menjaringkan 2 gol dalam 2 kemenangan penting Sabah bertemu Hougang United dan PSM Makassar.

Persib Bandung yang kini berada ditangga kedua liga Indonesia dilihat berminat mendapatkan khidmat pemain Sabah ini bagi memperkuatkan lagi jentera pertahanan kelab.

Advertisements

Minat daripada Persib Bandung terhadap pemain liga Malaysia ini bukan sesuatu yang mengejutkan setelah ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak pernah bersama KL City sebelum ini.

Sabah bakal menentang pasukan Hai Phong pada 9 November ini bagi aksi keempat kumpulan H saingan Piala AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram