Advertisements
Kelab Indonesia & Thailand Jadi Pilihan Ong Kim Swee
Asia Tenggara
MakanBola
Sabah FC

Kelab Indonesia dan Thailand dijangka bakal menjadi lawan pasukan Sabah FC sebelum melangkah ke aksi separuh akhir Piala AFC 2023.

Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee membawa reputasi hebat di Asia selepas melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Cabaran berikutnya yang menanti The Rhinos adalah wakil Australia, Macarthur FC yang kini turut berada dalam momentum yang amat baik.

Menurut Kim Swee, aksi liga yang belum bermula menyebabkan beliau perlu mencongak percaturan penting untuk mempersiapkan pasukan.

“Sekiranya kami (Sabah) ingin bertemu dengan pasukan di Malaysia, mereka masih belum menjalani latihan kerana liga masih belum bermula.”

“Kami terpaksa mencari kelab dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand kerana liga mereka sedang berjalan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Namun begitu, beliau juga yakin semuanya terletak di tangan pengurusan kerana ia melibatkan perbelanjaan dan kos yang tinggi.

Sabah juga terbuka untuk beraksi di laman lawan atau di Likas namun pencarian pasukan kini masiu diteruskan.

Sabah akan bertemu Macarthur di gelanggang lawan pada 13 Februari 2024 di Stadium Sukan Campbelltown.