Sabah Bertemu Gergasi Australia, Macarthur Di Separuh Akhir Zon Asean
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC bakal berdepan cabaran sukar apabila melangkah ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC yang berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Mengikut Footy Rankings, pasukan yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu bakal berdepan wakil Australia, Macarthur di peringkat tersebut.

Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN bakal menemukan satu lagi wakil A-League, Central Coast Mariners dengan naib juara Kumpulan F, Phnom Penh Crown.

Advertisements

Kesemua perlawanan ini bakal diadakan pada 12 dan 13 Februari tahun hadapan.

Sementara itu, dua aksi separuh akhir Zon Asia Barat pula menyaksikan Al-Riffa (Bahrain) dan Al-Ahed (Lubnan) masing-masing menentang kelab Oman, Al-Nahda dan Al-Kahrabaa (Iraq).

Berbeza dengan separuh akhir Zon ASEAN, perlawanan separuh akhir Zon Asia Barat bersifat timbal balik. Dua aksi separuh akhir ini bakal berlangsung pada 12-13 Februari dan 19-20 Februari 2024.

Advertisements

Seandainya Sabah berjaya melepasi cabaran The Bulls, mereka bakal menanti pemenang antara CCM dan The Red Singha di pentas final Zon ASEAN.

Final Zon ASEAN bakal berlangsung pada 22 Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram