Advertising
Kelab Kecil Ini Minta Derma Selepas Meniru Logo Brighton
MakanBola
NKJGK/BHAFC

Sebuah kelab divisyen tiga Croatia dikenakan saman oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion.

Croatia Week melaporkan kelab tersebut berbuat demikian selepas mendapati logo kelab NK Jadran-Galeb sama dengan logo kelab mereka.

Ad

Apa yang lebih mengejutkan ialah ahli kelab berkenaan meminta derma dengan pengurusan The Seagulls semasa mengadakan lawatan ke kelab itu.

Ad

Susulan itu, pengurusan Brighton mengeluarkan saman dan menggesa logo berkenaan diturunkan. Brighton ditubuhkan pada 1901 dengan NK Jadran-Galeb pula muncul pada 2001.

Kelab kecil Croatia itu ditubuhkan menerusi penggabungan dua kelab divisyen bawah. Menariknya, penubuhan NK Jadran-Galeb seiring dengan kejayaan The Seagulls layak ke divisyen tiga England (League One).

Ad

Peguam, Josip Madaric memaklumkan kelab itu akur dengan permintaan Brighton untuk menurunkan logo mereka menerusi satu surat.

Ad

“Terdapat ancaman (saman) tetapi pada akhirnya, surat (pengurusan Brighton) menyatakan mereka meminta kami untuk menurunkan logo dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Ad

“Dari segi undang-undang, tiada sebab untuk tidak patuh. Nampaknya mereka baru menyedarinya dan memutuskan untuk mengambil tindakan ke atas logo yang sememangnya ditiru,” katanya.

Madaric memastikan NK Jadran-Galeb telah menurunkan logo rasmi mereka daripada laman sesawang daerah dan Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS).

Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kelab berkenaan tentang isu tersebut.