Advertisement
Kelab Selatan Tanah Air Dilaporkan Buru Khidmat Ryan & Declan Lambert
Transfer
MakanBola
KL City FC

Musim 2024-2025 bakal menyaksikan adik-beradik kembar yang mewakili KL City FC, Ryan dan Declan Lambert mengambil haluan baru.

Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan mereka kini sedang menimbang tawaran daripada sebuah pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air.

“Difahamkan bahawa kembar Lambert iaitu Ryan dan Declan mungkin akan berpindah dari Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa destinasi seterusnya mereka mungkin ke selatan,” katanya di X.

Sekiranya perpindahan ini bakal direalisasikan, Ryan dan Declan menjadi pemain terbaru yang meninggalkan KL City.

Sebelum ini, Azim Al Amin Kamaruddin, Akram Mahinan, Romel Morales dan Tchetche Kipre telah sah meninggalkan pasukan itu.

Sementara dua pemain muda berbakat, T. Saravanan dan Haqimi Azim juga dilaporkan semakin hampir melengkapkan perpindahan ke pasukan baru.

Ryan dan Declan masing-masing merekodkan 45 dan 41 penampilan dalam Liga Super. Mengikut data Transfermarkt, mereka masing-masing menyumbang empat dan satu gol untuk skuad The City Boys.

Ryan dan Declan membantu KL City mara ke final Piala AFC pada tahun 2022 dan final Piala FA pada 2023.