Advertisement
“Kelab Yang Tak Nak Mainkan Saya” – Diogo Luis Santo
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang BG Pathum United, Diogo Luis Santo akhirnya menjawab persoalan mengapa beliau tidak diturunkan dalam skuad utama kelab gergasi Thailand itu.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengesahkan bahawa beliau sudah cergas seratus peratus dan sedia untuk beraksi pada bila-bila masa. Namun ianya merupakan pilihan kelab sama ada mahu menurunkan beliau ataupun tidak.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Diogo di laman Instagram beliau baru-baru ini. Status tersebut telah diterjemah dan dikongsikan oleh twitter, Thai League Central.

Musim ini bukanlah musim terbaik buat Diogo apabila beliau masih belum meledak sebarang gol buat BG Pathum di dalam saingan Liga Thailand. Dalam dua perlawanan terkini BG Pathum, nama Diogo tiada dalam senarai pemain utama mahupun simpanan.

Diogo sebelum ini pernah menggegarkan dunia bola sepak Thailand sebagai seorang penyerang yang sangat tajam di hadapan gol selepas berjaya meledak 119 gol daripada 139 penampilan bersama pasukan Buriram United.

Ketajaman yang dimiliki Diogo itu mengundang kepada perpindahan pemain dari Brazil itu dibeli oleh pasukan gergasi bola sepak Malaysia iaitu JDT. Difahamkan pembelian itu bernilai 1.3 juta pound sterling dan Diogo turut beraksi cemerlang di JDT dengan berjaya meledak 18 gol dalam 37 penampilan.