Kelab US Umum Rekrut Pemain Wanita Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Sebuah kelab di Amerika Syarikat (AS) telah berjaya mendapatkan pemain bola sepak wanita muda Malaysia, Lauren Hoh Ruyi.

Kelab yang berpangkalan di Chicago, Chicago KICS mengumumkan perpindahan Lauren menerusi satu kenyataan ringkas di platform rasmi mereka.

“Satu lagi penambahan untuk musim panas. Kami teruja untuk mengalu-alukan Lauren Hoh ke Chicago KICS FC untuk WPSL musim 2026!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum menyertai kelab itu, Lauren sebelum ini beraksi untuk pasukan Trinity Bantams sejak tahun 2024. Trinity Bantams ialah pasukan sukan untuk Trinity College.

Pemain berusia 20 tahun itu pernah memikul tugas sebagai kapten skuad Malayan Tigress Bawah 19 Tahun (B-19).

Pengalaman Lauren di US turut dimanfaatkannya bersama skuad Malayan Tigress B-19 untuk kempen Kejohanan Wanita B-19 AFF dan kelayakan Piala Asia Wanita B-19 pada tahun lalu.

Selain Trinity Bantams, beliau juga pernah beraksi untuk BISP Cruzeiro, Kelana United FC dan Young Tigress FC.