Kelantan Akhirnya Buat JDT & Syihan Hazmi Tertewas Buat Kali Pertama Musim 2023
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kelantan FC akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya merobek gawang gol Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023.

Anak didik Choi Moon-sik turun dalam misi besar di Stadium Sultan Ibrahim untuk memecah kebuntuan selepas skuad Harimau Selatan masih tidak bolos dalam tiga aksi pertama musim ini.

Sungguhpun ketinggalan pada babak pertama 4-0 setelah memasuki 60 minit permainan, The Red Warriors tidak mudah mengalah apabila berjaya memaksa kesilapan dilakukan oleh barisan pertahanan JDT.

Advertisements

Hantaran cantik yang dilakukan oleh pemain muda berbakat Kelantan, Muhaimin Izzudin yang bijak mencari larian Ismaheel Akinade telah membuatkan Jordi Amat dan Syihan Hazmi melakukan kesilapan.

Syihan terpaksa menghalang gerakan pemain tersebut sekaligus menyebabkan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Rolon.

Advertisements

Kelantan juga akhirnya berjaya menjadi pasukan pertama yang membolosi gawang gol JDT sungguhpun tewas pada perlawanan ini.

JDT telah pun mengekalkan rekod tanpa bolos kira-kira hampir 339 minit pada musim ini sambil terus memiliki motivasi terbaik untuk turun berdepan Selangor di Kelana Jaya minggu hadapan.

Advertisements

Kelantan pula akan melayan kunjungan KL City di laman sendiri bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram