Kelantan Bakal Ada Pusat Latihan Sendiri Sebelum 2025
Liga Super
ZAMSAHAM
Advertisements

Dengan situasi kewangan Kelantan sudah stabil, pengurusan The Red Warriors mula fokus kepada pembinaan infrastruktur termasuk pusat latihan. Terbaru, pemilik pasukan Norizam Tukiman mendedahkan Kelantan bakal mempunyai pusat latihan sendiri sebelum tahun 2025.

Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Norizam yang mesra dikenali sebagai Zamsaham berkongsi imej ilustrasi pusat latihan The Red Warriors yang sedang diusahakan.

“Insha Allah, sebelum tahun 2025, kita akan ada padang latihan sendiri. Mohon doakan seikhlasnya,” tulisnya ringkas.

Advertisements

Pada Januari lepas, beliau mendedahkan antara rancangan lima tahunnya untuk Kelantan ialah pasukan itu mempunyai pusat latihan sendiri. Selain pusat latihan, Zamsaham juga berhasrat mewujudkan pusat pemulihan kecederaan dan gimnasium khas buat para pemain.

Sejak hantaran berkenaan dimuatnaik lebih sejam yang lalu, ramai penyokong teruja dengan hantarannya itu dan berharap ia dapat direalisasikan.

Advertisements

Setakat ini, hanya tiga pasukan Liga Super yang mempunyai pusat latihan sendiri. Tiga pasukan tersebut ialah Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Malah, Selangor dan JDT juga mempunyai kemudahan perubatan sukan bagi membantu pemulihan kecederaan dan kecergasan pemain-pemain mereka termasuk kolam pemulihan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram