Kelantan Bakal Bawa Masuk Bintang Jepun?
Liga Super
@TwtBolaKelate
Advertisements

Selepas sah membawa masuk dua awang import Korea Selatan iaitu Kim Min-gyu dan Kang Yi-chan, Kelantan dikhabarkan bakal membawa seorang pemain Jepun sebagai awang import baru mereka. Awang import yang dicanang menyertai The Red Warriors itu ialah Ryohei Michibuchi.

Sekiranya perpindahan ini menjadi realiti, kehadirannya dijangka menambah pilihan yang dimiliki jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik di bahagian sayap.

Michibuchi bukan asing dalam arena bola sepak Korea Selatan kerana pernah beraksi bersama Chungnam Asan selama semusim pada 2021.

Advertisements

Selepas beraksi bersama kelab Liga Korea 2 itu, awang import Jepun itu berkelana ke Eropah untuk beraksi dengan kelab Serbia, Radnicki Nis. Ini menjadikannya sebagai pemain Jepun kedua beraksi bersama kelab berkenaan selepas Ryota Noma.

Sepanjang bersama kelab itu, Michibuchi merekodkan 39 penampilan termasuk dalam perlawanan-perlawanan kelayakan UEFA Conference League musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram