Kelantan Bakal Lakukan Rombakan Besar-Besaran
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Susulan prestasi buruk Kelantan dalam Liga Super selepas sembilan perlawanan, pemilik pasukan Norizam Tukiman atau Zamsaham bersedia melaksanakan rombakan besar-besaran terhadap pasukan. Ini bagi memastikan pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu dapat bangkit untuk baki kempen liga musim ini.

Langkah tersebut bakal dilakukan selepas Zamsaham mengadakan sesi perbincangan dengan barisan jurulatih dan pengurusan kelab termasuk Bernhardt, Rezal Zambery Yahya dan Qusmaini Noor Rusli. Ini kerana pemain-pemain sedia ada ketika ini tidak mempunyai kualiti untuk bersaing dalam Liga Super.

“Pasal prestasi kita, saya dah bincang semalam dengan Mr Frank (Bernhardt), Rezal (Zambery Yahya) dan Qus (Qusmaini Noor Rusli) berserta team coaches lain untuk perbaiki team, keluarkan pemain dan masukkan lebih ramai pemain berkualiti Liga Super di putaran kedua.

Advertisements

“Jangan risau, saya tak duduk diam. Saya buat kerja. Usaha terus sampai berjaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beberapa jam lepas.

Zamsaham turut mengakui barisan pemain The Red Warriors (TRW) yang dipilih sebelum ini atas nasihat ejen dan barisan kejurulatihan. Tetapi beliau juga sedang belajar dari segi soal pengambilan pemain bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

Advertisements

Sebaik hantaran berkenaan dimuatnaik di Facebook, ramai memuji langkah yang diambil beliau sebagai satu langkah tepat. Ini kerana sebelum sesebuah pasukan dibentuk, perbincangan perlu diadakan dengan barisan kejurulatihan bagi menentukan pemain mana yang patut direkrut.

Justeru, ramai penyokong Kelantan berharap menjelang tetingkap perpindahan kedua pada Jun ini, TRW sudah mempunyai idea pemain-pemain mana patut direkrut untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram